Tuesday, April 17, 2012

Ummi :)


Bismillah.
Setelah beberapa kurun tak apdet belog,
malam ni ada something yang trigger aku untuk menaip.

Aku tak tido lagi,
tetibe umi bangun nak pegi toilet,
keluar toilet ummi randomly cakap,

"ummi nak berenti keje la, tak larat la"

Ayat tu terngiang-ngiang kat kepala otak aku.

Aku sebenarnye memang bukan macam tipikal budak universiti
yang dah fikir lepas grad
untuk course something-something,
nak kerja besar-besar, nak jawatan tinggi-tinggi,
yang suit dengan course diorang,
nak duit banyak,
NO,
with capital letters N and O.

Aku nak buat benda yang aku suka, yang aku seronok.
Yang aku rasa aku boleh cope with it tanpa rasa beban ke apa.
Dan aku tak kesah aku kene struggle belajar sekarang ke apa,
last-last benda tu bukan guna untuk profesion aku,
sebab bagi aku belajar itu fun,
dan itu untuk ilmu.
Tade hal.
Walaupun kadang-kadang ada la aku merungut, mengarut, mengurut.
Yeah, I'm human for your information.

Aku nak jadi housewife yang kerja dari rumah.
Kerja yang seronok macam buat buku kanak-kanak ke,
buat craft ke, menjahit ke, buat kuih ke, wahaha, ok serius tak kelaka! haha kelakar la jugak.

Tak pun jadi cikgu sekolah rendah ajar Pendidikan Seni ke, ape2 je la.

Tak pun bukak tadika.

Tapi....
bila umi cakap macam tu...

Aku rasa aku macam kene tukar mind setting aku la..
kene belajar rajin-rajin, sungguh-sungguh,
untuk tolong ummi kerana Allah,
cuba carik kerja yang stability nye terjamin.
Yang aku boleh bantu ummi financially so that ummi tapayah nak letih-letih lagi.

YES, INSHAALLAH I WILL.

Berkorban untuk ummi,
apa lagi yang boleh aku buat?
Itu adalah priority!

So ummi, InshaAllah. Orang akan cuba sedaya upaya orang.
Kan ummi selalu kata, ramai anak-anak pandai tabur janji je,
pastu nanti tak buat pun.
Pastu orang pun membebel kata apasal la ummi ni pessimistic sangat,
padahal orang pun rasa camtu gak sebenarnye, hak hak.

Tapi ummi, InshaAllah, orang akan cuba!
InshaAllah,
orang janji orang akan cuba!

Ummi jangan putus harap dengan orang tau,
percaya kat orang!

Sayang ummi!

Ummi pun ada kata orang ni heartless,
InshaAllah, orang akan cuba berubah,
untuk jadi lagi berperasaan, hehehe, geli la pulak ayat.

Sayang ummi kerana Allah!

Ummi sabar jap eh, orang akan tolong ummi.
InshaAllah.

Nah dedication khas untuk ummi:



Walaupun aku tahu ummi cakap je macam tu,
padahal ummi ni bukan jenis senang give up,
ummi kan kuat!
InshaAllah ummi,
I'll support you till my last breath, InshaAllah!
I'll love you till my last breath, InshaAllah!

May Allah bless us.


Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya) (6)

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya (7)

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan (8)

(Surah Al-'Inshiqaq)


InshaAllah ummi, semua penat lelah ummi,
kat dunia yang ape je lah sangat ni banding dengan akhirat,
InshaAllah berbaloi!

Ummi akan terima buku amal penat lelah umi dengan tangan kanan,
dan ummi lah antara mereka yang akan dihisab
dengan cara mudah dan ringan!

Amin :))



1 comment:

ifazs said...

Number one for me <3
Love that song ! Hehe (: