Saturday, May 7, 2011

Hari-hari Hari Ibu!


Salam w.b.t.

Rasa-rasanya, dah nearly 21 years aku hidup,
atas rahmat Allah, yang memberi kewujudan kepada aku,
atas ehsan ummi dan abah,
dan atas kasih dan sayang ummi membela, menjaga, memelihara,
aku sampai ke tahap ni.

Sepanjang aku hidup ni la kan,
seriusli, aku tak penah lalu fasa kurus yang sejati.
Kurus ala-ala penah la, tapi tu pun takde nak lama mana,
ngehehe.
So, what's the reason tetibe bangkitnye isu perkauman (?) kurus tak kurus ni?
Tade lah, nak kata, aku telah dijaga dengan baik dan sempurna!
Bukan setakat cukup malah terlebih lagi makan dan kasih sayang! Hehe.
TQ Ummi!!

Sepanjang aku membesar, memang aku dididik dan dihantar ke sekolah Islam saje,
start tadika, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, termasuklah Uni,
semuanye ada base Islam.
So, what's the reason aku bangkitkan isu ni?
Sebab nak kata aku telah dididik dengan baik dan sempurna!!
Sekarang ni kalau ada apa-apa flaws yang kau nampak dekat aku, salahkan diri aku sendiri,
sebab ummi dah bagi yang terbaik dekat aku,
antara aku nak ikut atau tak je! Kan Nadiah?
TQ Ummi!

Kau tau tak aku paling cuak kalau fikir pasal kawen dan aku ada anak sendiri,
seriusli, paling takut fikir aku jadi seorang mak,
sebab apa?
Sebab orang kata, anak akan jadi 2x ganda dashat daripada mak,
kan what goes around comes around,
ah cuak la kalau perangai anak aku terok daripada aku!
So, what's the reason aku bangkitkan isu ni?
Sebab nak kata umi tak penah nak pike pun nak tikam aku pakai lidi sate ke, flush aku dalam
bowl jamban ke time kecik, dan baling bola bowling kat kepala aku sampai retak pastu ada pendarahan pastu matilah aku ke,
disebabkan perangai aku yang Ya Rabbana ni!
TQ Ummi!

Kalau aku catatlah segala kesalahan aku, segala benda yang aku buat yang mengecikkan hati umi, segala penyusahan yang menyusahkan umi,
aku sure lah,
buku yang guna untuk catat tu, setebal buku telepon
dan jumlah nye pulak, memang gondollah pokok kat malaysia sebab nak buat kertas.
Tak tahu nak cakaplah kan, betapa banyak dosa aku kat umi.
Kalau guna pen pulak, dakwat dia tu, 880 kolam saiz olimpik pun tak sure cukup ke tak nak guna untuk catat tu.
Tapi still, umi terima aku sebagai anak.
TQ Ummi!

Kalau la aku kira pakai jari berapa banyak pengorbanan umi,
aku rasa terpaksa pinjam jari semua rakyat Malaysia dan pendatang asing kat sini,
jari kaki dan tangan sekali harung,
nak kata betapa banyak ummi bekorban untuk aku.
Seriusli tak terbalas weh walaupn aku berjaya kawen dengan mana-mana sultan *cece berangan* pastu bagi segala benda yang umi nak, pun tak cukup!
TQ Ummi!

Kau kata lah Malek Noor ke, Atromen ke, Hulk ke, Selemun ke, Power Rangers ke, Cat Women ke, ape ape lagi lah
aku dengan konfiden nye kata,
ummi aku la terkuat!
Dapat jaga, bela, didik aku dan adik-adik,
TQ Ummi!

Tak kire lah ummi banyak membebel ke,
ummi banyak lupe letak barang kat mana ke,
ummi selalu marah-marah dulu kadang-kadang baru ummi nak dengar cerita sebenar ke,
ummi kadang-kadang tak setuju dengan opinion kitaorang ke,
dan ape-ape lah lagi,
ummi tetap flawless di mata kitaorang!
TQ ummi for being you!

Tak kira lah ummi asyek ulang je ayat drama ni sampai cair taik telinga kitaorang:
"Seorang mak boleh jaga 5 orang anak, seorang anak tak tentu lagi boleh jaga yang sorang tu"
still, benda ni tak boleh buat endah tak endah sebab itu fakta.
Kasih sayang dan ehsan seorang ibu memang tak boleh nak banding dengan ape sekali pun!

InshaAllah, umi akan tetap jadi umi kitaorang sampai ke syurga!
Kitaorang akan cuba sedaya upaya jaga umi lebih daripada umi jaga kitaorang!

Ya Allah,
kau kasihilah umi ku ini, sebagaimana dia mengasihi ku, malah lebih lagi!
Kau lindungilah dia di dunia mahupun di akhirat sana!
Kau masukkanlah dia dalam golongan orang yang beriman!
Kau ampunilah segala dosanya!
Tolonglah Ya Allah,
aku merayu padamu!
Berilah segala kebaikan padanya Ya Allah,
Kau yang Maha mendengar dan Maha mengabulkan Doa!
Amin Ya Allah!

ALONG LOVES UMMI!!!!!!!!!



1 comment:

Anonymous said...

Dearest along
Thanks for being urself...deep inside I know that u are going to be much a better person one day, insyaallah!