Tuesday, April 26, 2011

Dedikasi untuk kamu dan kamu dan kamu.


Salam w.b.t.
Pertama kali, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi,
selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w.
Eh? Perlu ke se-formal ni?

Ok. Memang tak perlu la kan, tapi dah terformal, biar kan je lah.

Sebenarnya aku nak buat dedikasi khas daripada hati kepada korang-korang yang penah ada dalam hidup aku, sama ada, ada untuk permanent atau temporary sahaja, tak kisah.
Sama ada korang dah TERlupakan aku, atau aku dah TERlupakan korang, tak kisah.

Se-senyap mana aku, se-tak tegur mana aku dengan korang,
se-tak tanya khabar mana aku dengan korang,
se-tak keep in touch mana aku dengan korang,
se-benci mana korang kat aku,
se-malas mana korang nak amek tahu pasal aku,
se-menyampah mana korang nak ada apa-apa r/ship dengan aku,
se-best mana korang rasa lega bila aku dah takde dalam hidup korang,
se-menyesal mana korang kenal aku,
dan se-apa-apa lah yang se-waktu dengan nya.

Aku just nak cakap;

Uhibbukum fillah

"Aku sayang korang semua kerana Allah"

No more no less.

Tade friendship forever,
tade relationship forever,
tade apa-apa ship yang forever pun sebab datang hujan, ribut, petir, sotong gergasi, lanun Somalia ke tengah-tengah belayar seronok-seronok,
karam jugak ship tu.

Tapi kalau kita adakan jugak friendship, relationship,
yang berasaskan kasih sayang kerana Allah,
se-dahsyat mana gelombang ke, tsunami ke,
kalau Allah kata tade apa-apa jadi kat kita,
InshaAllah ship kita akan belayar dengan smooth sampai lah ke destinasi kita yang kita dah rancang.

So,
sekali lagi aku cakap,

Uhibbukum Fillah

"aku sayang korang semua kerana Allah"

Aku minta maaf kalau-kalau aku tak jadi manusia yang baik dalam hidup korang.
Aku minta maaf kalau aku ni sekadar jadi parasit ke,
serangga perosak ke apa,
MINTA MAAF.

Itu aje.
Ini bukan emosi tak tentu pasal.
Ini adalah pengakuan ikhlas yang jarang-jarang aku buat dalam hidup.
Tak suka?
Kalau boleh padam benda ni daripada memori korang lepas baca, buat lah.
Aku berlapang dada je.
:D




P/S: Serius aku cakap, ilham menulis kali ni memang bukan dari aku tapi dari Dia.

1 comment:

kyOkoHayaShi! said...

cayam nadiah jgk :)
rindu ko,seyez !