Friday, February 25, 2011


Terbang Tinggi -Yasin

Kau perlahan lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Kau takkan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikap
Mungkin kelak kau akan mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yang luas


Salam.
Aku susah nak cerna bila orang kata "BE YOURSELF". Sebab apa? Sebab aku rasa people change, so, "yourself" mana yang patut kita "be"?
People change either to good or bad, so, let say if kita berubah jadi orang yang tak berapa nak baik, takkan kita nak "BE YOURSELF"??
Takkan kita tak nak berubah jadi macam orang yang lebih baik daripada kita sebab kita nak "BE YOURSELF"?

Bagi aku, aku percaya, bila mana orang tu kata "BE YOURSELF" kepada diri dia, sebenarnya dia dalam guilty situation yang mana dia tahu banyak benda yang bersimpul dalam hidup dia, banyak benda yang dia rasa tak betul, yang dia kena hurai, dia kena betulkan, tapi dia bukan tak mampu cuma dia tak mahu nak ubah, tak mahu nak baiki. Kenapa aku kata macam tu?

Sebab aku pun pernah lalu fasa yang sama.

Itu sahaja.

Salam. May Allah bless us.

No comments: